Saya Sudah Menontonnya dan Ini 10 Mengenai Filem Star Wars Rogue One Tanpa 'Spoiler'



Filem Star Wars sudah ditayangkan hari ini serentak di seluruh negara. Saya adalah salah seorang yang menonton filem ini pada tayangan yang pertama. Tanpa membocorkan "Spoiler" movie ini, adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang filem ini.




 Trailer: Star Wars Rogue One

1. Bukan sambungan kepada Star Wars VII: The Force Awaken.

Kepada yang baru sahaja menonton filem Star Wars, jangan risau sebab ini bukanlah sambungan filem Star Wars VII: The Force Awaken. Namun, Rogue One adalah filem Spin Off Star Wars yang pertama.  Ramai yang terkeliru dengan watak Rey (The For Awaken) dengan watak Fynn (Rogue One), rupa hampir sama, tetapi sebenarnya watak yang berlainan


2. Kisah antara Star Wars III dan IV

Rogue One adalah sebuah filem Spin Off yang berlaku di antara filem Star Wars III dan IV. Jikalau anda menonton Star Wars IV: A New Hope, di permulaan filem diceritakan:

It is a period of civil war.
Rebel spaceships, striking
from a hidden base, have won
their first victory against
the evil Galactic Empire.
 
During the battle, Rebel
spies managed to steal secret
plans to the Empire's
ultimate weapon, the DEATH
STAR, an armored space
station with enough power
to destroy an entire planet.

 
Pursued by the Empire's
sinister agents, Princess
Leia races home aboard her
starship, custodian of the
stolen plans that can save her
people and restore
freedom to the galaxy....


Mengikut teks yang diwarnakan warna merah, Rogue One sebenarnya mengisahkan bagaimana pihak memberontak mencuri pelan rahsia senjata rahsia pihak Empire yang dipanggil DEATH STAR, sebuah stesyen yang terletak di planet  yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan sesebuah planet.
 

3. Tiada sinopsis ringkasan di permulaan filem

Saya akan terkejut kerana tiada sinopsis ringkasan di permulaan filem seperti kebiasaan filem Star Wars. Inilah kerana, filem Rogue One bukanlan sebulan filem sequel dan sinopsis adalah di diperlukan. Tetapi filem ini masih dimulai dengan "long time ago, in a galaxy far, far away...."

4. Tiada Jedi

Ini adalah satu-satunya tiada kemunculan Jedi. Yes.... serius.... tetapi aura "Force" adalah sangat kuat.

5. Darth Vader kembali

Seperti yang dimaklumkan, filem ini adalah filem spin off di antara filem yang ke-3 dan ke-4, jadi watak Darth Vader kembali. Sesiapa yang rindu dengan Darth Vader tu, mungkin boleh bersorak gembira.

6. Pelakon Cina yang pertama


Mungkin anda sudah tahu, pelakon popular dari Hong Kong, Donnie Yen yang popular melalui filem Donnie Yen berlakon di dalam filem Rogue One ini sebagai watak Chirrut Imwe, seorang buta. Kalau Donnie Yen berlakon, mesti sudah terbayang-bayangkan aksi Kung Fu beliau bukan? Kesudahannya watak ini, tontonlah sendiri.

7. Penuh dengan aksi perang


Siapa yang setuju filem ini penuh dengan aksi perang yang menarik. Sangat puas hati.

8. 4 negara untuk lokasi filem
Planet yang difokuskan di dalam filem ini adalan planet Eadu, Jedha dan Scariff. Lokasi di 4 buah negara telah terlibat di dalam filem ini. Negara yang terlibat adalah England, Iceland(Eadu), Jordan(Jedha), dan Maldives(Scariff). Wow..... patutlah bandar Scardiff cantik giler dalam filem ini, dekat Maldives rupanya


9. Kesudahan yang Mind Blowing

Saya sangat shocked dengan kesudahan filem ini. Tontonlah sendiri! Memang patut mendapat tepukan selepas habis filem ditayangkan.


10. Tiada POST-CREDIT

Jika anda peminat filem Star Wars, anda akan tahu Star Wars memang tiada post credit scene dan  TIDAK AKAN ada. Jadi, tidak payahlah menunggu post credit scene yer!


Rating: 8.5/10

3 comments

Feel free to comment. Thank You!. Comment with HTML will be deleted

Home